Saturday, March 3, 2012

PERTANDINGAN BULAN MAC 2012

tarikh : 11/03/2012 (ahad)
 masa :3PM – 7PM
yuran: RM50
~~KG ULU LALANG RANTAU ,SEREMBAN~~
(BERHADAPAN JALAN BESAR & BERDEKATAN MASJID)~

HADIAH
1. Rm3000                       9. rm90 
 2. Rm1300                       10. rm100
 3. Rm500                        11. rm60 
4. Rm250                        12 rm60
5. Rm100                       13. rm60
6. Rm70                         14. rm60
7. Rm70                         15. rm60 
8. Rm80                                                    


CABUTAN BERTUAH
• HANDPHONE
• HAMPER
• HADIAH MISTERI


Sila baca SYARAT – SYARAT di bawah!!!
* BOLL DI TEMPAT TIMBANG
* KONSEP : IKAN TANGKAP LEPAS!!!
* PANCANG TALI DI LARANG - akan di potong oleh pihak penganjur
* SILA AMBIL PENANDA PANCANG DIKAUNTER BAYARAN..
* TALI PUTUS SEBELUM DISAHKAN PENGANJUR BATAL
* 5 MIN EXTRA DIBERIKAN SEKIRANYA ADE MENAIKKAN IKAN PD KIRAAN AKHIR 1…2…3…
* Joran terjun BATAL
* Teknik , umpan BEBAS
* Pelampung gabus , mata 3, mata rambai,mata bom TAK BOLEH!!
* KEPUTUSAN MUKTAMAD!!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=318724711508891&set=a.318724421508920.67866.100001140947138&type=1&theater

Saturday, February 11, 2012

IKAN UNTUK KOLAM C&R... JOM TRY NAIKKAN IKAN2 NI..

Inilah ikan2 di kolam ternak alang saleh.. Ikan2 ni ditangkap untuk dimasukkan ke kolam C&R. (catch & release)... memang besar2 kebanyakkan ikan yang dimasukkan ke dalam kolam belakang tu..



SILA BACA PERATURAN DULU SEBELUM MEMANCING :
KLIK DI SINI : 
http://alangsaleh.blogspot.com/2011/09/peraturan-memancing-di-kolam-alang.html

SUASANA PERTANDINGAN 5 FEB 2012

JOM LAYAN GELAGAT2 PEMANCING YANG DATANG 5 FEB TU HARI..
 Tempat pertama ikan yang berjaya dinaikkan seberat 6.5kg.. lagi 1 minit masa nak habis ikan ni dapat didaratkan.. Di masa2 terakhir telah menyingkirkan org yg terdahulu yang menduduki tempat pertama..

PEMENANG TEMPAT PERTAMA : RM2000 TELAH BERJAYA DIBAWA PULANG.

 PEMENANG TEMPAT KE-2 : RM 1000..
 LAST MINIT TELAH TURUN ANAK TANGGA.

GAMBAR2 YANG LAIN...

Friday, January 13, 2012

PERBANDINGAN ANTARA IKAN YG SENANG DI BELA DAN YANG CEREWAT..

(A) . IKAN YANG MUDAH DI BELA
  • PATIN
  • PACU
  • SEMBILANG
  • JELAWAT
(B) .IKAN YANG AGAK CEREWET
  • ROHU
  • TALAPIA
Bagi yang baru nak berjinak2 dengan penternakkan saya selalu galakkan ternak ikan dari ketegori A… memang permintaan ikan talapia tinggi tapi di sebalik tu ada sebab kenapa tak galakkan bela talapia ni. Saya bagi sebab2 la kenapa adanya pilihan ni..Lain orang lain pendapat tp ini hanya dari pandangan/pengalaman sendiri. Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat ni tapi ini hanya dari pengalaman saya sendiri ye..
KETEGORI A
  1. Peluang hidup yang tinggi walau keadaan ikan padat.. (cuma effect padat tu tumbubesaran ikan agak lambatla.)
  2. ikan tak cerewet dalam bab makan (guna nasi lebihan dari kem2) walau nasi tu bercampur dengan kari2 dan makanan2 yang lain ikan2 tersebut tak mati..
  3. makan makanan alternatif lain macam nasi2 lbihan tu.
  4. walau harga ikan  agak rendah dipasaran tapi kuantiti pengeluaran tinggi untuk 1 kolam. Bila kuantiti pengeluaran tinggi jadi pulangan lebih menguntungkan.
  5. walau pengaliran air keluar masuk kurang baik (musim kemarau)…ikan masih dapat bertahan.. Penggunaan kincir angin kurang digunakan. Jimatkan kos elektrik.Sepanjang saya bela patin ni alhamdulillah time kemarau kolam x perlukan kincir angin. Hanya kolam yang ada isi baung dan talapia je yang guna bila tiba musim kemarau.
  6. ANGGARN PENGIRAAN UNTUK PATIN 1 TAHUN (SEEKOR 1KG)

  • TANAH 1/2 EKAR          : 20000 ekor ikan
  • MATI                              :  2000 ekor
  • HRG BORONG ikan       :  RM4/kg            ( RM4 x 18000 ikan) = RM72000
  • MKNAN ALTERNATIF    : RM100 sebulan ( RM100 x 12bulan) = RM1200
  • LAIN-LAIN                      :  RM3000 
  • BENIH 3inci                    :  RM0.15            (RM0.15 x 20000 ikan)= RM3000
    • TOTAL BERSIH PENDAPATAN UNTUK 1 BULAN
      • TOTAL KASAR : (harga borong - makanan ikan - lain2 - benih)
      •   : RM72000 - RM1200 - RM3000 - RM3000 = RM64800
      • pendapatan bulanan = ( total kasar / bulan )
      • RM64800 / 12 bulan  = RM 5400

KETEGORI B
  1. Keadaan ikan yang padat membuatkan ikan cepat mati..Ikan tak cukup oksigen.
  2. memerlukan pengaliran air keluar masuk yang baik. Keadaan air yang bukat membuatkan ikan talapia tidak dapat bertahan.Ikan talapia ni air keadaan air kena cantik.
  3. Kos makanan yang tinggi. Lebih pada makanan palet. makanan alternatif lain ikan talapia tak gemar sangat.
  4. Walau harga pasaran tinggi tapi kuantiti 1 kolam tak boleh di isi dengan ikan yang banyak sebab nanti ikan terbantut/mati. 1 kolam yang serupa hanya boleh di isi dengan 6000 ekor ikan talapia saja. Nampak menguntungkan sebab harga pasaran tinggikan tapi bela ikan ni kos  memang tinggi. 
  5. Kalau musim kemarau RISIKo ikan mati tinggi.. air kurang jadi ikan jadi padat dalam kolam.. 
  6. Memerlukan penggunaan kincir angin untuk membekalkan oksigen tambahan kalau ikan padat.. kos beli kincir dan kos elektrik. 
  7. ANGGARN PENGIRAAN UNTUK TALAPIA 8/9 BULAN (GRED A = SEEKOR 1KG)

  • TANAH 1/2 EKAR          : 10000 ekor ikan
  • MATI                              :  4000 ekor
  • HRG BORONG ikan       :  RM6/kg          ( RM6 x 6000 ikan) = RM36000
  • MAKANAN PALLET        : RM48 utk 2 hari sekali ( $48 x 15hari x 9bulan) = RM6480
  • LAIN-LAIN                      :  RM3000
  • BENIH 3inci                    :  RM0.30          (RM0.30 x 10000 ikan)    = RM3000
    • TOTAL BERSIH PENDAPATAN UNTUK 1 BULAN
      • TOTAL KASAR : (harga borong - makanan ikan - lain2 - benih)
      •  (RM36000 - RM6480 - RM3000 - RM3000 = RM23520)
      • pendapatan bulanan = ( total bersih / bulan )
      • RM23520 / 9 BULAN  = RM 2613
**** ni cuma anggaran kasar untuk talapia,ada masa org yang menternak cuma dapat pulang modal je sebab talapia ni senang kene penyakit, senang mati dengan keadaan air/persekitaran**


TEMPOH PENGELUARAN

  1. PATIN = anggaran 10 bulan
  2. PACU = anggaran 10 bln
  3. JELAWAT = anggaran 1 thun
  4. TALAPIA = anggaran 7 bulan 
  5. SEMBILANG = anggaran 3/4 bulan
  6. **BAUNG = anggaran 1 thun**
  7. **ROHU = anggaran 1 tahun**
** tak pasti sangat sebab tak pernah bela untuk komersil,Bela untuk kolam mancing sendiri je...

Thursday, January 12, 2012

PERKARA ASAS BUKA KOLAM MANCING

Kebanyakkan orang yang dah lama bekerja mesti teringin nak buka bisness sendiri.. disebabkan pengalaman aku ni lebih cenderong pada perikanan so aku ceritalah pasal perikanan saja yer..
1 . Modal
macam biasa mana-mana perniagaan mesti perlukan modal. Apa yang perlu kita tau dalam nak buka kolam memancing ni kita kena fikirkan modal nak buat kolam (korek tanah),sewa kolam untuk yang menyewa,pagar,buat tempat berteduh,lampu,kemudahan lain dan yang paling penting untuk masukkan jumpalah ikan yang tepat untuk sebuah kolam yang baru.  Untuk awal2 ikan yang perlu dimasukkan memang makan modal yang tinggi. Kurang ikan dalam kolam nanti tak naik lak bila orang datang mancing.
2 . Lokasi
Lokasi di mana sesebuah kolam tu dibuka pun penting gak. Pastikan kolam yang ingin di buka tu mempunyai kawasan parking. Janganlah buat kolam tempatnya x ada orang duduk dan berbukit-bukit plak tu.. Susah pemancing nak mencari 1 hal.
3 . pembekal ikan
Pastikan dah survey beberapa pembekal ikan untuk hantar ikan ke kolam mancing.. Pastikan harga , kualiti ikan, back ground pembekal yang di ambil tu bersih. Kalau boleh jangan melalui orang tengah suruh cari pembekal ikan sebab harga dah tinggi sikit. Nak kena “diri sendiri” rajin mencari pembekal ikan baru betul. Walau 30senlah  orang tengah ambik dari 1 kg ikan. (nampak sikitkan baru 30sen ) Cuba bayangkan kalau 1 tan kita ambik order. Dah berapa ratus kita rugi duit kita melalui orang tengah.. (RM300 untuk 1 tan tau) Untuk kolam baru 1 tan ikan memang x cukup. Kita kena masukkan 2/3 tan baru cukup best kolam tu.
4 . Promosi
Lepas masukkan ikan dalam kolam kenalah biarkan dalam 1/2 minggu barulah di buka.. Selalunya di awal2 ni nak bagi tau kolam baru buka adalah dengan buat PERTANDINGAN MEMANCING.
6 . Sifat positif
Maksud ni sebagai peniaga dan sebagai tauke kolam.. Adat kalau ada masa kita jatuh tu.. Cuba selidik dan bertanya pada yang lebih berpengalaman kenapa dan mengapa.

Wednesday, September 7, 2011

PERATURAN MEMANCING DI KOLAM ALANG SALEH

 SILA AMBIL PERHATIAN..

KELONGGARAN YANG KAMI BERI HARAP SEMUA PEMANCING BERI KERJASAMA.. HARAP sangat IKAN2 YANG DI LARANG BAWA BALIK JANGANLAH BAWA BALIK.. IKUTLAH SYARAT YANG DI TETAPKAN...

Ini semua untuk menggelakkan ikan besar2 habis dengan cepat..untuk kepuasan para pemancing jugakan..nak besarkan ikan sampai berkilo2 makan masa bertahun-tahun.. harap maklum semua kaki pancing..

SEKIAN..

**KOLAM  DEPAN** untuk mancing harian

BAYARAN :
RM10/3jam
PAKEJ RM20 = masa no limit..mancingla sampai lobam

MASA :
(isn-kha: 7am-2am)
(jum-ahad& pub : 24jam)


PERATURAN:
**IKAN DI ATAS 3KG MESTI DILEPASKAN
**ADA KIRA DUIT IKAN = pakej terkecuali
**UMPAN N TEKNIK BEBAS


**KOLAM BELAKANG**  = KHAS tuk C&R sahaja..


**ikan2 di kolam C&R hanya untuk layan mancing.. dah dapat sila lepaskan semula x kira besar @ kecik tak boleh bawa balik... nak bawa balik ikan sila pindah ke kolam hadapan..
***dari kolam belakang pindah ke kolam depan tak kenakan sebarang bayaran..

MASA :
(7am-7pm)

BAYARAN :
RM20 (sekali masuk tak kira waktu)= masa memancing no limit

PERATURAN :
** PASTIKAN IKAN TAK BAWAK BALIK,kalau tertangkap jangan marah kita orang ye.. harap maklum...
**TIADA DUIT IKAN
**UMPAN N TEKNIK BEBAS
**KERETA MESTI DILETAKKAN SEBELUM KAUNTER BAYARN.... INI MESTI BUAT KALAU NAK MANCING KOLAM BELAKANG..


**setiap bayaran adalah untuk 1 joran