Wednesday, April 27, 2011

pertandingan bulan may.... 8 MAY 2011... HADIAH TEMPAT PERTAMA RM2000..

PERTANDINGAN SETERUSNYA

PADA YANG BERMINAT MANCING TU BOLEHLA CUBA DATANG KOLAM DEN NI…
pertandingan kali ni dbuat kat KOLAM BELAKANG.. gerenti naik!!!!
pertandingan seterusya akan berlangsung di KOLAM BELAKANG YE… SAPA2 YG NAK RASA NON STOP ikan naik dari start hingga habis marila datang!!!!
ikan TOKEY PUNYA SO HARAP SGT KERJASAMA PADA KAKI2 PEMANCING JGN BAWAK BALIK IKAN TU YO.. TERIMA KASIH… WE LUV YOU!!!

____________________________________

♥TEMPAT : KOLAM ALANG SALEH RANTAU,seremban n9

♥TARIKH  :  08HB/05/2011  (AHAD)

♥ Masa      :  2pm – 6pm

♥YURAN     :  RM40

__________________________________________________________________

****** CABUTAN BERTUAH *****

******FREE GIFT UNTUK 100 PESERTA TERAWAL*******



♥HADIAH ISTIMEWA♥

  1. RM2000

  2. RM1000

  3. RM500

  4. RM250

  5. RM100

  6. RM60

  7. RM60

  8. RM60

  9. RM60

  10. RM60

PATIN / PACU SAHAJA



♥SYARAT-SYARAT♥

1.ikan boll
2.umpan,teknik bebas
3.mata 3,teknik apung gabus DILARANG
4.PERAMBUT 2 MATA SHJ
5.pastikan joran ada sticker
6.joran jatuh dalam air dikira batal walau ada
ikan dapat di daratkan
7. IKAN DI LARANG BAWAK BALIK… IKAN TAUKEY PUNYA!!!!!

ADA APA2 PERTANYAAN???

TEPON LA YE…. 013-9658117 alang saleh @ 014-2948119 nora
**PADO YG BAWAK ORG UMAH TU BOLEH2LA DOK KEK KOLAM DEPAN TU ADA PELANTAR BOLEH LAH REHAT2KAN MINDA BORAK2 DENGAN KAWAN2 BARU SAMBIL LAYARI INTERNET…

FREE WIFIII!!!

MINTA P/WORD EH KAT KAUNTER… TERIMA KASIH!!
SELAMAT MEMANCING DAH SELAMAT BERJAYA DENGAN HASIL TANGKAPAN NANTI!!!
NI GAMBAR2 PERTANDINGAN BULAN  APRIL… SAPA JUARA BULAN MAY AGAKNYA YE???
UNTUK GAMBAR2 YANG LAIN BOLEH COPY PASTE LINK NI :http://www.facebook.com/kolampancing





Tuesday, April 19, 2011

bab 1 (penternakan) : jenis2 kolam ikan air tawar

Salam semua para pembace yang dihormati..
Aicehhh… formal lak bunyinyer.. Hari ni aku nak kongsi apa yang aku tau pasal ternakkan ikan ni.. Nilah punca pencarian rezeki keluarga aku.
Untuk pengetahuan korang.. Walaupun kerja kampung tapi apa yang akan diperolehi amatla berbaloi. Buat sendiri baru tau hasil yang akan korang perolehi tapi biasala.. mana kerja xada risikokan so kena beranilah tuk hadapi segala risiko yang akan korang hadapi.
____________________________________________________________

PENGENALAN

KALAU SEMUA NAK TAU ADA BEBERAPA CARA UNTUK MENTERNAK IKAN NI… kat sini aku nak bagi tau jenis2 kolam ikan yang korang boleh buat tapi aku lebih menjurus pada ternakkan ikan kolam tanah ye..
Kolam yang lain2 tu yg lain2 tu sebagai ilmu tambahan je sebab aku x arif sangat cara ternakan dengan kaedah tersebut . Aku lebih kepada TERNAKKAN IKAN DENGAN MENGGUNAKAN CARA TERNAKAN KOLAM TANAH..

  1. JENIS2 KOLAM TERNAKAN IKAN

KOLAM TANAH




  • Merupakan takungan-takungan air yang dibina dengan menggali tanah.
  • Air dari anak sungai diisikan ke dalamnya untuk membentuk sistem kolam.
  • Berbentuk segi empat bujur.
  • Dalam – 1m – 1.5m
  • Lebih daripada 2 jenis ikan air tawar boleh dipelihara secara serentak.
  • kolam tanah boleh di beri makan nasi buangan.. palet …
SANGKAR TERAPUNG
  • Sesuai digunakan di sungai, tali air, tasik, empangan dan bekas lombong.
  • Menggunakan pukat polyethylene berukuran 3m ² hingga 20 m ² dan dalamnya 3m.
  • Pukat ini diikat pada struktur rakit sebagai pelantar yang terapung di permukaan air – tong-tong besi, plastik atau gabus.
  • Sauh juga digunakan untuk mengelakkan sangkar daripada hanyut.
  • Sistem sangkar terapung – satu jenis ikan sahaja.
  • Perlu diberi makanan rumusan.
SANGKAR SIMEN

  • Melibatkan modal yang amat besar.
  • Sistem ini dipilih kerana – Keluasan tanah terhad
  • Sumber air mencukupi
  • Dibina berukuran antara 18m X 37m dan kedalamannya 1.5m
  • Ikan air tawar yang dipelihara biasanya terdiri daripada satu jenis sahaja.
SAMPAI SINI DULU YE..  TUNGGU POST BLOG SAYA YG BERIKUTNYA SAYA AKAN TUNJUKKAN STEP BY STEP PASAL TERNAKKAN IKAN NI..
Bolehlah pada sapa2 yang berminat tu untuk buat. Sama2 saya kongsi kejayaan ternak kolam ni pada semua. Harap yang lain pun boleh berjaya.