Wednesday, September 7, 2011

PERATURAN MEMANCING DI KOLAM ALANG SALEH

 SILA AMBIL PERHATIAN..

KELONGGARAN YANG KAMI BERI HARAP SEMUA PEMANCING BERI KERJASAMA.. HARAP sangat IKAN2 YANG DI LARANG BAWA BALIK JANGANLAH BAWA BALIK.. IKUTLAH SYARAT YANG DI TETAPKAN...

Ini semua untuk menggelakkan ikan besar2 habis dengan cepat..untuk kepuasan para pemancing jugakan..nak besarkan ikan sampai berkilo2 makan masa bertahun-tahun.. harap maklum semua kaki pancing..

SEKIAN..

**KOLAM  DEPAN** untuk mancing harian

BAYARAN :
RM10/3jam
PAKEJ RM20 = masa no limit..mancingla sampai lobam

MASA :
(isn-kha: 7am-2am)
(jum-ahad& pub : 24jam)


PERATURAN:
**IKAN DI ATAS 3KG MESTI DILEPASKAN
**ADA KIRA DUIT IKAN = pakej terkecuali
**UMPAN N TEKNIK BEBAS


**KOLAM BELAKANG**  = KHAS tuk C&R sahaja..


**ikan2 di kolam C&R hanya untuk layan mancing.. dah dapat sila lepaskan semula x kira besar @ kecik tak boleh bawa balik... nak bawa balik ikan sila pindah ke kolam hadapan..
***dari kolam belakang pindah ke kolam depan tak kenakan sebarang bayaran..

MASA :
(7am-7pm)

BAYARAN :
RM20 (sekali masuk tak kira waktu)= masa memancing no limit

PERATURAN :
** PASTIKAN IKAN TAK BAWAK BALIK,kalau tertangkap jangan marah kita orang ye.. harap maklum...
**TIADA DUIT IKAN
**UMPAN N TEKNIK BEBAS
**KERETA MESTI DILETAKKAN SEBELUM KAUNTER BAYARN.... INI MESTI BUAT KALAU NAK MANCING KOLAM BELAKANG..


**setiap bayaran adalah untuk 1 joran

Monday, May 23, 2011

mari buat saluran kolam ternak


Hari macam biasa.. Aku ada kerja tambahan sikit nak buat.. KOlam ternak den saliran air yg di buat dulu airnya x dapat nak masuk.. Sekarang ni kenala buat saluran air yang baru..

kerja-kerja mengorek tanah tuk buat saliran air..

nilah rupa kolam ternak yang baru je di buat
nilah tanah yang nak di korek kira2 3 kaki dalam untk buat saliran air masuk.
 
dari dalam macam ni paras lutut je…. kita orang akan korek sampaila….
apa lagi tengokl pic2 kat bawah ni..

 
sampaila kedalaman macam ni..
selepas tu lubang tadi akan dimasukkan dengan paip besar tuk dijadikan saliran air masuk..
 
paip ni di ukur dan dipotong.. pastu masukkan lam lubang tadi.. kambus balik… selesai kerja kami…

 
kaki ku yang berlumpur.. heheheheh

Wednesday, April 27, 2011

pertandingan bulan may.... 8 MAY 2011... HADIAH TEMPAT PERTAMA RM2000..

PERTANDINGAN SETERUSNYA

PADA YANG BERMINAT MANCING TU BOLEHLA CUBA DATANG KOLAM DEN NI…
pertandingan kali ni dbuat kat KOLAM BELAKANG.. gerenti naik!!!!
pertandingan seterusya akan berlangsung di KOLAM BELAKANG YE… SAPA2 YG NAK RASA NON STOP ikan naik dari start hingga habis marila datang!!!!
ikan TOKEY PUNYA SO HARAP SGT KERJASAMA PADA KAKI2 PEMANCING JGN BAWAK BALIK IKAN TU YO.. TERIMA KASIH… WE LUV YOU!!!

____________________________________

♥TEMPAT : KOLAM ALANG SALEH RANTAU,seremban n9

♥TARIKH  :  08HB/05/2011  (AHAD)

♥ Masa      :  2pm – 6pm

♥YURAN     :  RM40

__________________________________________________________________

****** CABUTAN BERTUAH *****

******FREE GIFT UNTUK 100 PESERTA TERAWAL*******



♥HADIAH ISTIMEWA♥

  1. RM2000

  2. RM1000

  3. RM500

  4. RM250

  5. RM100

  6. RM60

  7. RM60

  8. RM60

  9. RM60

  10. RM60

PATIN / PACU SAHAJA



♥SYARAT-SYARAT♥

1.ikan boll
2.umpan,teknik bebas
3.mata 3,teknik apung gabus DILARANG
4.PERAMBUT 2 MATA SHJ
5.pastikan joran ada sticker
6.joran jatuh dalam air dikira batal walau ada
ikan dapat di daratkan
7. IKAN DI LARANG BAWAK BALIK… IKAN TAUKEY PUNYA!!!!!

ADA APA2 PERTANYAAN???

TEPON LA YE…. 013-9658117 alang saleh @ 014-2948119 nora
**PADO YG BAWAK ORG UMAH TU BOLEH2LA DOK KEK KOLAM DEPAN TU ADA PELANTAR BOLEH LAH REHAT2KAN MINDA BORAK2 DENGAN KAWAN2 BARU SAMBIL LAYARI INTERNET…

FREE WIFIII!!!

MINTA P/WORD EH KAT KAUNTER… TERIMA KASIH!!
SELAMAT MEMANCING DAH SELAMAT BERJAYA DENGAN HASIL TANGKAPAN NANTI!!!
NI GAMBAR2 PERTANDINGAN BULAN  APRIL… SAPA JUARA BULAN MAY AGAKNYA YE???
UNTUK GAMBAR2 YANG LAIN BOLEH COPY PASTE LINK NI :http://www.facebook.com/kolampancing





Tuesday, April 19, 2011

bab 1 (penternakan) : jenis2 kolam ikan air tawar

Salam semua para pembace yang dihormati..
Aicehhh… formal lak bunyinyer.. Hari ni aku nak kongsi apa yang aku tau pasal ternakkan ikan ni.. Nilah punca pencarian rezeki keluarga aku.
Untuk pengetahuan korang.. Walaupun kerja kampung tapi apa yang akan diperolehi amatla berbaloi. Buat sendiri baru tau hasil yang akan korang perolehi tapi biasala.. mana kerja xada risikokan so kena beranilah tuk hadapi segala risiko yang akan korang hadapi.
____________________________________________________________

PENGENALAN

KALAU SEMUA NAK TAU ADA BEBERAPA CARA UNTUK MENTERNAK IKAN NI… kat sini aku nak bagi tau jenis2 kolam ikan yang korang boleh buat tapi aku lebih menjurus pada ternakkan ikan kolam tanah ye..
Kolam yang lain2 tu yg lain2 tu sebagai ilmu tambahan je sebab aku x arif sangat cara ternakan dengan kaedah tersebut . Aku lebih kepada TERNAKKAN IKAN DENGAN MENGGUNAKAN CARA TERNAKAN KOLAM TANAH..

  1. JENIS2 KOLAM TERNAKAN IKAN

KOLAM TANAH




  • Merupakan takungan-takungan air yang dibina dengan menggali tanah.
  • Air dari anak sungai diisikan ke dalamnya untuk membentuk sistem kolam.
  • Berbentuk segi empat bujur.
  • Dalam – 1m – 1.5m
  • Lebih daripada 2 jenis ikan air tawar boleh dipelihara secara serentak.
  • kolam tanah boleh di beri makan nasi buangan.. palet …
SANGKAR TERAPUNG
  • Sesuai digunakan di sungai, tali air, tasik, empangan dan bekas lombong.
  • Menggunakan pukat polyethylene berukuran 3m ² hingga 20 m ² dan dalamnya 3m.
  • Pukat ini diikat pada struktur rakit sebagai pelantar yang terapung di permukaan air – tong-tong besi, plastik atau gabus.
  • Sauh juga digunakan untuk mengelakkan sangkar daripada hanyut.
  • Sistem sangkar terapung – satu jenis ikan sahaja.
  • Perlu diberi makanan rumusan.
SANGKAR SIMEN

  • Melibatkan modal yang amat besar.
  • Sistem ini dipilih kerana – Keluasan tanah terhad
  • Sumber air mencukupi
  • Dibina berukuran antara 18m X 37m dan kedalamannya 1.5m
  • Ikan air tawar yang dipelihara biasanya terdiri daripada satu jenis sahaja.
SAMPAI SINI DULU YE..  TUNGGU POST BLOG SAYA YG BERIKUTNYA SAYA AKAN TUNJUKKAN STEP BY STEP PASAL TERNAKKAN IKAN NI..
Bolehlah pada sapa2 yang berminat tu untuk buat. Sama2 saya kongsi kejayaan ternak kolam ni pada semua. Harap yang lain pun boleh berjaya.

Friday, March 25, 2011

PERTANDINGAN MEMANCING (KOLAM BELAKANG/BARU) - 3 APRIL 2011... RM2000 TEMPAT PERTAMA!!!!

pertandingan kali ni dbuat kat KOLAM BELAKANG.. gerenti naik!!!!
Pado sesapo yg pOnah poie kolam belakang tu kot TAK naik ikan tak dapek den nolong..HEHEHEHE... cume harap maklum yer... ikan TOKEY PUNYA SO HARAP SGT KERJASAMA PADA KAKI2 PEMANCING JGN BAWAK BALIK IKAN TU YO.. TERIMA KASIH... WE LUV YOU!!!

PERTANDINGAN SETERUSNYA

♥TEMPAT : KOLAM ALANG SALEH RANTAU,seremban n9

♥TARIKH  :  03HB/04/2011(AHAD)

♥ Masa      :  2pm - 6pm

♥YURAN     :  RM40

PATIN DAN PACU SAHAJA

♥HADIAH ISTIMEWA♥
  1. RM2000
  2. RM1000 
  3. RM500 
  4. RM250 
  5. RM100 
  6. RM60 
  7. RM60 
  8. RM60 
  9. RM60 
  10. RM60

♥SYARAT-SYARAT♥
1.ikan boll

2.umpan,teknik bebas

3.mata 3,teknik apung gabus DILARANG

4.PERAMBUT 2 MATA SHJ

5.pastikan joran ada sticker

6.joran jatuh dalam air dikira batal walau ada
ikan dapat di daratkan

7. IKAN DI LARANG BAWAK BALIK... IKAN TAUKEY PUNYA!!!!!

ADA APA2 PERTANYAAN??? TEPON LA YE.... 013-9658117 alang saleh @ 014-2948119 nora



PADO YG BAWAK ORG UMAH TU BOLEH2LA DOK KEK KOLAM DEPAN TU ADA PELANTAR BOLEH LAH REHAT2KAN MINDA BORAK2 DENGAN KAWAN2 BARU SAMBIL LAYARI INTERNET...
WIFI FREE!!! MINTA P/WORD EH KAT KAUNTER... TERIMA KASIH!!

JALAN TUK POIE KOLAM YO!!! KOT XRETI GAK TEPON YOLAH.. LAIE SONANG.. :))

SELAMAT MEMANCING DAH SELAMAT BERJAYA DENGAN HASIL TANGKAPAN NANTI!!!

Monday, January 24, 2011

ANAK IKAN

 DAH lama rasanya tak bercerita dalam blog mancing ni..
dalam 2,3 hari lepas.. aku n owner kolam pergi PERAK untuk ambik benih anak ikan..
Sebanyak 80k anak ikan telah kami beli..
bolehla tengok di bawah ni anak2 ikan yg telah dipilih
 suasana di tempat pembenihan


 masukkan air batu ke dalam tong ikan.. perjalanan yg mengambil masa 3 jam perlu ada air batu..
Kalau tidak anak ikan akan mati..

 anak talapia


 anak patin


 cara pengiraan ikan dilakkukan.. masukkan dlm bekas...

 mula kira anak ikan sbb dari awal lagi dia org dah tau.. 1kg = ? ekor ikan.

cara dia orang ambik anak ikan..